June 22, 2011

Bersih Rally: An apolitical matter?


Memandangkan aku dah banyak merapu dalam blog ni, aku rasa baik aku sentuh isu bermanfaat sikit.

perhimpunan Bersih.

Setakat ni kat Facebook ini statistik dalam page dia berkenaan orang yang akan, tidak akan, dan yang maybe akan datang.

Sebelum aku masuk topik ni, aku rasa aku patut bagitau korang dulu apa aku paham pasal benda ni pasal kalau aku tak cakap macam agak bodohlah (dan agak hipokrit) sebab takkan nak blog membabi-buta ja.

So Bersih ni officially is an NGO, takda kaitan dengan sesiapa. Bukan kerajaan, bukan pembangkang. Full manifesto dorang, ikut page Facebook antara lain termasuklah nak bersihkan balik election, panjangkan tempoh berkempen, betulkan balik sistem undi pos, overall hapuskan corruption dalam sistem pengundian Malaysia ni.

sounds like good intentions, kan?

Tapi ada pihak satu lagi ni cakap dorang ni tak bagus. Cakap pembangkang yang jadi enjin mereka ni. Orang-orang besar kerajaan memang langsung tak supportlah benda ni. Kontroversi merata-rata.

Satu lagi pihak tak setuju dengan mereka ni adalah usahawan sekitar area dorang nak buat rally. Argument dorang simple, rally ni nanti kecohkan KL so bisnes takkan jalan. Bersih tak dapat permit ni.

So sekarang undang-undang negara ni sebut kalau nak buat perhimpunan, kena ada permit. Simple. Ada permit, buatlah, takda permit then kira haram dari sisi undang-undang la benda tu.

itulah setakat yang aku tau dan komentari selepas ni hanya berkaitan setakat info yang aku tau ni.

First, aku tak paham kenapa kerajaan tak bagi sokongan atas idea bahawa perlunya ada election yang telus dan adil?

Mungkin kerana alasan mereka bahawa ada dalang lain.

So? Kalau ada pihak yang menyokong pilihanraya yang telus.. Bukan itu yang kita semua nak ke?

Aku takut ja sokongan kepada perhimpunan Bersih tukar jadi satu penentangan kerajaan sebab pressure dorang menolak benda ni. So agak-agaklah tatkala kita menolak sesuatu.

Tapi kena ingat, yang bagi permit ni bukanlah kerajaan. Aku rasa polis dan majlis bandaraya. Tapi semua benda pasti ada connection dia. Study-study la sikit pasal benda ni.

Anwar Ibrahim ada suruh stop benda ni, tak pasti kenapa, tapi ketua Bersih ni pula cakap ini bukan dalam kuasa Anwar untuk hentikan. Ini bukan soal politik. So macam mana sekarang?

Ada jugak cadangan untuk tukar perhimpunan ni jadi satu dialog. Tapi, kalau fikir balik, mungkin attention takkan sebesar ni untuk. Kalau perhimpunan ramai orang akan rasa dorang pun macam active participant benda ni kira.

Everyone likes to feel like they're doing something, I suppose.

Kena fikir jugak pasal yang bagi permit ni, dorang consider banyak benda sebelum nak bagi permit ni. Hari Sabtu, perhimpunan di tengah-tengah KL.. put yourself in their position then fikir balik rasional keputusan dorang.

Benda-benda aku tak tau aku takkan bagi komen. Cukuplah sampai sini.

Aku rasa benda ni akan jadi politikal kalau korang nak benda ni jadi politikal.

So in the end aku rasa kalau nak pergi pun berhimpun pun, amek tahu la pasal benda korang join tu. If you fight for something make sure you're not anyone's puppet. You're smarter than that. Kajilah, kalau benda tu something you believe in, tak kisahlah siapa start idea tu. Support idea, bukan orang. Sebab orang boleh berubah but ideas are bulletproof.

Aku rasa quote tu datang dari movie apa ntah, tolong Google yeah :) kalau jumpa, post kat komen bawah ni ha.

Oh, jangan lupa fikiq pasai org lain.

No comments:

Post a Comment

Thanks weyh bagi comment.