June 21, 2011

Waish. Nda aku tau apa mau buat cuti ni.

Sebelum cuti banyaklah plan sini-sana, kalau cuti pendek pun banyak complain, cuti panjang pun bukan tau nak isi apa. Kalau high school dulu best la, kawan merata-rata.Yang ada di hometown sekarang pun tak cukup nak buat team futsal.

Kerja part time? Ok dalam consideration. Tak tau lagilah kalau bab-bab kerja part time ni aku ada bad luck sikit. Dulu jadi store boy nike ter-cut wrist angkat poster David Beckham, jadi tutor kena dismiss pasal demand yuran banyak sangat sampai minta elaun minyak. Haha. Lagipun bukan perlu sangat duit pun sekarang ni. Cuti tanpa aktiviti je pun.

Aku tak sangka David Bekham akan melukai aku.

Aku rasa selain blogging (dan makan ice cream goreng) cuti ni aku nak carry forward la plan aku time start cuti dulu. Aku nak..

Belajar basics semua major loghat & dialek yang ada kat Malaysia tercinta ni.

Kenapa? Kenapa tidak?

Aku rasa persepsi perpaduan kebanyakan kita semua ni salah la, on the wrong track.

Mak aku cakap dulu orang ingat perpaduan ni macam buat satu benda lepas tu siapa yang tak ikut satu benda tu kira merosakkan perpaduan. Betul ke?

Kalau betullah memang aturan dunia ni menganjur perpaduan macam tu, kenapa kulit kita tidak semua satu warna? Kenapa ada yang suka dim sum, ada yang suka mee kolok? Kenapa tidak boleh suka satu jenis makanan je semua makhluk di dunia ni?

Aku rasa dunia tak berfungsi begitu. Aku rasa perpaduan ni adalah untuk kita sesama sendiri melaksanakan kebolehan, tradisi, dan benda-benda normal masing-masing tapi buat benda tu semua adalah sumbangan dia untuk kemajuan dan kebaikan semua.

Kalau nak ikut apa hang suka ja memang tak ke mana la. Aku rasa semua keunikan kita ni patut diketengahkan.

kalau ada yang minat kereta tu, biarlah dia modify Wira dia jadi Lancer atau Impreza. Bukan masalah kepada masyarakat pun. Duit dia. Aku rasa ok ja, dia membantu jugak dalam pembangunan industri automatif negata ni. Lepas tu, kalau dia ada join persatuan modify-modify kereta yang ada semua jenis kaum dalam tu, bukan manfaat ke?Lepas tu dorang lepak dekat kedai mamak. Masuk duit kat kedai mamak, mamak bayar cukai, duit cukai boleh buat hospital baru.

apa kaitan semua ni dengan plan aku nak belajar loghat-loghat dan dialek ni?

Aku rasa kita ni takut sebenarnya. Takut dengan benda kita tidak tahu. Macam takut hantu. Kalau ikutkan, nak takutkan apa sangatlah hantu tu tapi kita tidak tahu hantu ni sebenarnya boleh buat apa. Cuba kalau kita tahu hantu ni kalau dia tangkap kita, dia bawa pergi Genting tapi tiket bayar sendiri.. Mesti kuranglah orangyang takut hantu. Masalahnya kita tidak tahu, itu yang kita takut.

So ini inisiatif aku sendiri untuk lebih memahami negeri-negeri lain melalui cara dorang bercakap. Korang tau tak cara sesuatu bahasa itu di-modify oleh sesuatu kaum atau tempat boleh cerita sikit pasal character dan budaya dorang? Kalau kita lebih tahu benda ni, kita jadi lagi beranilah untuk menyahut seruan perpaduan. Kan kadang-kadang kita takut bergaul ni pasal kita takut kita tak faham orang atau orang tak faham kita.

macam dialek utara, depa ni straightforward siket tapi lembut. Tengoklah bahasa dorang guna. Kamu tukaq jadi hang. Macam ada kusyen ja kat hujung ayat tu untuk sambut kekasaran.Aku rasa sarcasm efektif gila kalau guna loghat utara ni. Tun Dr. M pun selalu kalau tengah, apa nama, buat sarcastic dia, keluaq la kedah dia.

Kalau macam orang Sabah, kitorang ni baku sikit, kelapa sebut betul-betul kelapa. Cakap pun laju. Kadang-kadang aku cakap kat telefon dengan mak aku ada yang cakap macam kami tengah gaduh. Tapi aku rasa sebenarnya orang-orang Sabah ni confident, tulah cakap kadang-kadang takde segan-silu. Tengoklah TV sekarang, kalau pertandinganmenyanyi atau any talent show, mesti ada sangkut** representation Sabah.

Tapi kena ingat la,ada dalam 32 etnik di Sabah ni, kadang-kadang apa satu etnik ni cakap, satu etnik ni nda* paham. Aku pun kadang-kadang struggle jugak.

Tapi elemen ketimuran ada dalam semua dialek, kita actually boleh tune cara bahasa tu untuk cakap sopan sikit. Itulah kelebihan kita.

So aku leave post ni dengan mesej kenal-kenal la dengan jiran anda tu. Jiran sebelah rumah, mahupun jiran sebelah negeri.. Berkawanlah dulu sebelum fikir pasal perpaduan negara. Sesungguhnya semangat tu patut datang dari dalam diri, tak perlukerajaan ka, pembangkang ka, NGO ka, nak prompt kita dulu suruh kita kenal sesama sendiri.

Baby steps babe,baby steps.
Peace.

* nda = tidak (Sabah)
** sangkut dalam dialek berbeza membawa maksud berlainan tapi dalam konteks ini ada anotasi berjaya, bukan sangkut macam sangkut bio dalam SPM dulu.


No comments:

Post a Comment

Thanks weyh bagi comment.