March 18, 2012

Maksud lagu Aku Maafkan Kamu (Malique dan Jamal Abdillah)

Lagu ni perasaan dia generally ada rasa-rasa cinta, ataupun penghapusan cinta dalam diri, mungkin satu perpisahan.. Jamal Abdillah pun salah satu penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu cinta.. Logik juga, kan?

Tapi aku lihat dari sudut berbeza sebab walau secara keseluruhannya nampak lain tapi fakta-fakta kecilnya menuju arah lain. Malique ni nampak jenis yang pentingkan details. Lirik dia diatur betul-betul satu demi satu, cantik, bermakna.

Kita lihat permulaannya, lagu bermula dengan chorus. Aku rasa idea asal memang bermula disini dan berulang-ulang. Setiap kali chorus diulang, ditekankan lagi. Yang penting disini lagu ni menekankan betapa kecilnya, dan betapa jahilnya sesetengah orang. “Katak melalak” digunakan. Nampak tidak? Selepas diulang-ulang betapa kecilnya seseorang atau golongan itu baru ditunjukkan sikap orang atau golongan itu. kita ada teratak, teratak dihujung kampung, bawah cermin kopak ada kotak, tersembunyi dalamnya ada pula tempurung, tersembunyi dalamnya barulah ada katak yang bising.

Siapakah katak yang bising ni? Persona nak attack orang spesifik ke? Mungkin tidak. Jom analisa lirik-lirik lain.

Lagu ni banyak sentuh pasal satu peringatan. Awal-awal lagi minta maaf. “Atur sepuluh daktil, batal yang batil” Mungkin sebab ini realiti, mesti ada yang terasa lirik ini sebagai sesuatu yang offensive atau pedas.

Take note: persona maksudnya watak rekaan di dlm cereka, drama, novel dsb (termasuk lagu)



Minta maaf kenapa? Adakah persona terkilan tentang sikap golongan tertentu sampaikan dia sendiri kena minta maaf kepada dunia? Ataupun minta maaf, kepada diri sendiri, sebab dia juga dulu seperti itu?

Verse pertama memang satu sindiran yang direct.

Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan



*inkarserasi dalam konteks lagu ni adalah penahanan, atau satu sekatan/hukuman bersifat sosial. Diambil dari perkataan Inggeris, incarceration.

Diakhiri dengan

Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan


Nampak seperti persona juga mangsa golongan ini, walaupun dia pernah bersekongkol bersama mereka.



Apa yang kita kejar? Apa yang kita bisingkan? Golongan ini klu pertamanya adalah golongan hipokrit sebab aspirasi dan bunyi tidak serasi. Apa yang dia cakap tak serupa apa dia bikin. “Dalam rumi” mungkin membawa maksud bersifat keduniaan. Siapa yang tak mahu syurga, tapi cara kita, adab kita, membawa ke syurga ke? AllahuAlam..

Akhirnya dia komen tentang nilai kita sebagai insan, sampai ubat kepada sikap cakap tak serupa bikin golongan ini gagal dikesan.. Takda ubat? Kasihan.. Selepas ketandusan nilai kita sebagai insan, kita berselindung di dalam halusinasi diri kita sendiri.

Verse kedua agak mendalam sikit pasal persona lagu ni refleksi diri pada verse ini.

Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam


Awal verse kedua, Nampak ada konflik dengan diri sendiri. Cuba lawan, timbul tenggelam kerapkali. Kadangkala terlihat, kadangkala tersembunyi. Pada masa lalu ada dosa-dosa yang diterangkan sebagai “bintik hitam” di cermin muka. Mungkin bintik hitam ini adalah penyesalan. Rahsia? Dendam dengan siapa? Dendam dengan diri sendiri kerana dulu persona juga pernah menjadi golongan ini?

Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia

Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu

Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati


Ini baru diperlihatkan apakah madah dendam itu sebenarnya. Dendam pada hipokrit yang menilai tanpa melihat kepada diri sendiri. Mungkin hipokrit-hipokrit sudah menjadi seperti dia dahulu? Si pembenci dan persona berkongsi banyak persamaan dari segi fizikal serta adab.

Persona pun sebenarnya dah malas nak layan si pembenci ini. Tuding jari tanpa usul periksa, hujah-hujah mereka tanpa nilai kerana tidak rasional. Dia malu. Malah, dia meminta maaf kerana sikap mereka seperti itu. Dia terasa juga, kerana si pembenci itu rupa sepertinya tapi dia terlalu bersangka baik, terlupa semua manusia hati lain-lain.

Verse seterusnya Nampak satu pembesaran cerita, Nampak seperti satu konklusi.

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma


“Ahli sihir” kalau berkata-kata, konfiden. Yang ikut “ahli sihir” ini adalah golongan hantu, tidak penting, hanya tahu buat bising. Kalau bab-bab mengkritik pemerintah atau siapa-siapa yang berperanan yang lebih besar daripada kita ni, ada sahaja yang bising kan? Mereka tahu mereka bising kenapa? atau mereka dibawah pukauan ahli-ahli sihir ini?

Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda


Berfikirlah guna otak sendiri. Jangan ikut sangat ahli sihir. Aku rasa ini lirik paling clear. Terus cakap, takde sindir-sindir. Kalau belajar tinggi-tinggi jangan terpekik melalak macam orang tak belajar. Gunakan ilmu untuk mengubah sesuatu, jangan sekadar suara.

Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham



Jangan cuma pandai baca buku tapi tidak berfikir secara harfiah, secara logik dan rasional. Orang bagi nasihat jangan Cuma pura-pura dengar. Ilmu depan mata, jangan hipokrit.

Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta


Akhir sekali, persona mengajak supaya kembali ke ajaran asal. Jangan tahu hal keduniaan sahaja, jangan ikut telunjuk budaya lain sangat. Sekarang kita semua tahu ABC, tapi janganlah kita lupa Alif Ba Ta. Persona juga mengingatkan diri sendiri.

Mainan lirik cantik.. Selepas tu, dipersembahkan rupanya chorus adalah Alif, Ba, dan Ta.

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak


Mungkin persona kata, tak perlu kita bertemu sebab sudah kerapkali bertemu. Mungkin hidup bersama, makan bersama, jalan bersama. Mungkin kalau perlu bertemu, susah. Kena bertemu setiapmasa. Kerana sikap adalah satu benda yang berterusan. Macam mana nak asyik-asyik menegur sikap yang buruk?

Secara peribadi, aku rasa ini antara lagu yang menunjukkan satu kritikan sosial dalam golongan belia yang selalu sangat bersikap impulsive atau tidak teratur. Seperti lalang yang mengikut angin, dengar orang sorak, sorak sekali. Bukan nak tahu sorak kenapa. Kita kena ubah sikap ini, kesannya negative sangat sampai Malique minta maaf bagi golongan kita. Jangan tahu buka buku sahaja, hati dan akal kena guna juga.



Ingat, lagu ni tak kata tak boleh untuk kritik orang. Cuma, kalau nak kritik tu, berakallah sikit. Belajarlah dengan semua orang. Dengarlah pendapat orang yang lebih berilmu. Jangan tahu baham je semua perkataan dalam buku, aplikasi itu penting. Lepas tu barulah pendapat kita berkualiti.


Belajar, jangan simpan dendam.

Kena ingat sendirilah.
Assalammualaikum.







Nak komen dan buat interpretasi lagu ni aku kena buka kamus, Malique memang pilih ayat-ayat dia dengan berhati-hati. Aku suka usaha yang macam ni dalam buat lagu.. Ada banyak lagi sebenarnya nak komen tapi aku aku tulis ni cukuplah untuk satu permulaan. Nak terjemahkan sebahagian lirik-lirik lain gunalah akal.

33 comments:

  1. Replies
    1. thanks for the input. will work on that, whatever it is that you're talking about.

      Delete
  2. penyanyi + penulis lirik pon x betol nk ajak org baca alif ba ta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab wjudnya org jenis mcm ni la wjudnya lagu2 sebegini...

      Delete
    2. so...tlong la ajar mngajar lau dh tw diri tue betol...jgn judge book by cover ja..awk dan dia dan kami smua mkhluk Allah dan siapa awk nk tntukan dya betol kew x...???

      Delete
  3. malique ni kat badan besepah tatoo. x guna nyanyi lagu alhamdulillah, aku maafkan kamu, guna lirik gempak2, sedangkan secara praktikal tidak langsung mengamalkan apa2 yg diucap. hanya tin kosong. saudara kalau nk terjemah pun kene tengok latar belakang artis juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Aku dihukum masuk neraka oleh Manusia" - Malique, Aku Maafkan Kamu

      Delete
    2. Kata Guru saya Allah tidak melihat di mana kamu Bermula tapi dia Melihat di Mana Kamu Berakhir .

      Delete
    3. tattoo itu sementara..
      jika dilihat sekarang, tattoo itu sudah tiada..

      Maafkan mereka, mereka tidak tahu
      Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
      Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
      Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
      Maafkan mereka, mereka tiada nilai
      Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
      Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
      Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

      Delete
    4. pa yg terukir dibadan dia sblom dia mngenal Azza Wajalla itu adlah dosa dia yg lepas...jika dia sudah bertaubat nasuha dan tawadhuk dlm amalannya slpas ini,insyaallah dia umpama kain putih yg tiada kotoran yg melekat pdanya...'wallah hu allam bissawab'

      Delete
    5. yes he was a bit crooked at his young age. got a lotta tattoes on his body, practicing western lifestyle (sex drugs and alcohol), hes a gang member, promoting negetive stuff to youngster. using bad language on his songs. but who the fuck we are to judge? i see this "harap je nyanyi lagu alhamdulillah tapi bertatu" shit almost like every comments at here. just a quick information to yall JUDGEMENTAL IGNORANT MALAYS, Malique himself got those tattoes wayy before he wrote Alhamdulillah.he was a gang member, he was part of 77 but that doesnt mean u can judge him! and couple of years then he went thru good changes where from wasted person to a better person. he started wrote positive shit, even make his way out of too phat and phat family to leave all those crap lifestyle and to start a new career which mostly the stuff he wrote are positives one. at least he tryna change himself for goodness. yes i admit, having tattoos is a bad move, im a muslim as well so i know it is berdosa besar to have a tattoo as a muslim but forreal guys? yall aint no God, kamu semua bukan Allah untuk menilai dia! kisah dia dengan tattoo tu just let Allah to judge him sbb itu antara dia dgn Allah. we as a muslim shud've supported him and guided him to right path instead of damning for his old act. tak pernah dengar org tua2 ckp "manusia takkkan lari dari melakukan kesilapan" ?? he did he tryna improve himself so we gotta praised his effort.baik kita he yg buat tattoo tu sob lebih kurang sama je kita concede dosa sebab judge dia ada tatoo without even know his story.

      Delete
    6. thats true,dia bukan org jahil. dia bukan tin kosong,yg penting dia berubah,kalau nk kira teruk ramai lg teruk. artis yg sibuk nak berubah tp belajar agama tknak tu lebih teruk dan jahil.

      Delete
    7. Hmmm mak ayah awk pom bukannya lahir terus suci smpai ke tua kan���� sama jela kan?��

      Delete
  4. Kita semua berdosa, ada orang dosanya nampak sampai sekarang. Malique tak kata nak ajar orang sebaliknya dia kata mari, kita belajar sama-sama. Semua berdosa, aku percaya kita kalau kita digantung oleh tali dosa kita nescaya semua akan mati. Menilai yang lalu itu penting untuk memperbaiki diri tapi jangan berhenti sampai disitu. Belajarlah. Kalau boleh ajar orang lain, ajarlah.

    Kalau mamat ni ada tattoo satu badan sekalipun, nilai otaknya tiada turun. Yang baik kita ambil, yang buruk kita tolak.

    Syabas atas terjemahan, bukan senang nak buat ni. Kita sama-sama belajar. Tak payah nak terus-menerus nak kutuk. Assalammualaikum.

    ReplyDelete
  5. luaran dan dalaman manusia tak sama. dia bercakap dari dalam, bukan dari kulit. manusia yang terasa benci dengan apa yang mereka nampak adalah manusia lemah yang dibenci tuhan.

    ReplyDelete
  6. melayu adalah bangsa paranoid yang menilai hanya pada luaran dan berfaktakan hanya pada kata kata orang melayu lain. adat melayu adat luaran. memalukan. 1000 benda baik didiamkan, satu benda jahat, disebarkan. apa kenikmatan yang anda dapat.
    mungkin dia lebih banyak ilmu agama dari anda. bukan mungkin, sudah pasti.

    ReplyDelete
  7. very much impressed. good piece of interpretation you have here kaizer :)

    ReplyDelete
  8. Cukup kau tahu
    Yang aku
    Datang blogmu


    thanks, nice reading :)

    ReplyDelete
  9. Aku Maafkan Kamu
    Tak Perlu Kita Bertemu Cukup Kau Tahu

    Sebenarnya lagu Aku Maafkan Kamu ni merujuk kepada masyarakat Malaysia dan Kerajaan Malaysia sendiri.. Ini kerana Malique telah beberapa kali ditindas atas kesalahan yang tidak nyata.. Juga lagu ini memaafkan mereka yang mengkritik lagu Mantera Beradu, lagu duetnya bersama M. Nasir.. Jika dilihat pula pada lirik lagu sebelum lagu ini iaitu lagu Salut, duetnya bersama Ariz, ada lirik menyatakan yang dia dan M. Nasir telah dipersalahkan dalam sesuatu isu.. jadi keseluruhan lagu ini, sengaja liriknya seakan menyindir seseorang, bertujuan untuk menyedarkan mereka supaya tidak sewenangnya mengkritik seseorang tanpa usul periksa atau pun berkata-kata tanpa ilmu.. sebagai peminat Malique, saya rasa saya mampu memahami beliau..

    ReplyDelete
  10. ini sedikit dari lirik lagu Salut - Ariz ft. Malique

    mereka suka yang tersirat tak suka yang zahir
    banyak mulut tapi tak cukup sirih dan gambir
    belum khatam ngaji lagak mahir mahu tafsir
    bila tersalah anasir persalahkan ku dan nasir
    mereka suka simpla sampai single bunyi jingle
    panggil diri bintang aku panggil mereka twinkle (twinkle)
    ku eta carinae atau pistol
    supernova janji letup sebelum hujung tahun fiskal
    4 unit pirelli bantu 8v menujah
    belakang 735 senyum kira mulah
    hadir asap ungu sama singa dari judah
    barulah segala gundah si penggubah lagu punah
    gossip persetankan, kualiti pertahankan
    kalau jumpa yang kurang cerdik tolong terangkan
    lirik malique bukan teks tapi kodeks macam hammurabi
    atau nag hammadi jangan kupas mesti carigali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kisah lagu ‘bawaku pergi’ kaka dan zizan yang kena band dr radio tu sebab ada nitizen cakap lagu tu mengajar anak muda terpesong dengan lirik lagu ciptaan malique tu.. kemudian keluarlah lagu SALUT sebagai penerangan buat mereka yang salah tafsir dengan liriknya.. rangkap pakcik lahir zaman penjajah saya lahir merdeka klaw xsuka lagunya boleh tukar arah gitulah kot katenya.. 735 tu kapal terbang la agaknya ms735

      Delete
  11. pening la korang ni

    ReplyDelete
  12. Assalamu'alaikum dan Salam Sejahtera..

    Mcm2 komen kluar..siap sebut psl tatu lah..ungkit abis sejarah hitam si Malique ni..mgkin yg komen tu knal kot dgn Malique ni..tp klau kate xknal tp ckp cmtu, xtakut ke jd fitnah..? Kalau knal pn, xke dh mengaibkan org tu..? Xsedar kot..nk menegur jgn smpai menyindir..

    Mmg salah ada tatu..wudhu pn xsah..tp smpai bila nk tggu buang tatu br boleh solat..? Igt snang ke..silap2 blh kna pnyakit kulit..kita yg xde tatu ni rasa sempurna sgt ke solat kita..? Tak perlu susahkan prkara yg mudah..tp jgn smpai ambil mudah..

    ISLAM itu indah..agama yg ckup sempurna...kita slalu dgr kata2 "Allah memberi hidayah berbeza-beza utk stiap hambaNya mengikut kesesuaian dan kehendakNya"...tp apa yg kita faham akn maksudnya..?

    Perbezaan yg sgt ketara antara mengetahui dgn memahami..itu bezanya org jahil dgn berilmu..dh byk pengajaran ditunjuk drpd sejarah2 Islam kaum sebelum kita ni..kita sibuk bljr sjrah dunia yg dh byk di 'twist' org barat...mulut ckp benci yahudi, amerika syarikat, kafir..tp dok blajar sejarah yg diorg cipta..still lalai dgn mainan ciptaan diorg..bila di tegur di katanya kolot..bila snyap di kata tak buat kerja..

    Ni la yg bliau cba smpaikan dlm lagu2 ciptaannya..ini cara dia berdakwah..xsemestinya kna pakai jubah, serban, tasbih kt tgn, ddk masjid..kalau nk diikut kisah silam, Ustaz Azhar Idrus pn ad sejarah hitam dia..sape xde buat silap..semua buat silap..sbb itu Allah tutup aib kita drpd pndgn org..Dia je yg tahu apa yg terbaik utk hambanya...

    Sifat manusia itu pn dtg drpdNya dn diberi kpd sesiapa yg Dia nk..kita dicipta ckup sempurna..satu anugerah drpd Allah yg tiada pd makhluk lain ciptaanNya iaitu Akal Fikiran..

    Knapa Allah cipta bentuk fizikal kita cmni? Knp bkn mcm beruk mcm teori org putih tu..? Ad mksud utk setiap satunya.. Itulah yg dimaksudkan nak kenal pencipta kita, Allah s.w.t, kena knal siapa diri kita ni dlu..InshaAllah dgn izinNya..

    Kalau diri sndiri pn xkenal lg, mcm mna boleh konfiden nk kritik org yg kita xknal..? Kita xde hak pn nk nilai baik jahat org, kita xde hak tentukan syurga neraka org...sbb diri sndiri pn xtau pergi ke mana..takde apa yg pasti..Allah je yg tau..

    Kita ni hidup mencari keredhaan drpdNya..bkn drpd jiran sebelah, bkn dr kucing belaan, bkn dr org kampung..


    Kita ni dh di akhir zaman..rasa hormat sesama insan dh smakin hilang...fitnah dajjal dh pn bertebaran...menghalalkan yg haram..rasuah..korupsi...bencana alam..Ya Allah..sbnrnya dh bnyak Allah bg petunjuk tp kita masih lalai...

    Daripada Allah kita dtg, KepadaNya juga kita kembali...sekian

    ReplyDelete
  13. Kau pedas kau tangkas kau lepas ikut cara otak yang tiada cerdas..
    Sebelum terlepas sebelum ditindas baik kau baiki diri dari membidas..

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum.. lagu ni aku rasa dia tgh berckp dgn hantu atau sejenisnya yg xditerima bumi atas dosa lampau. so dia xdpt keampunan dr sume org dan dihidup terawang2 xditerima dimana2(penghuni atau keluarga bumi). bebaskan dia dr dalil busuk(tolong maafkan org yg nk mati kalo tak roh tak aman). dan byk lagi yg xsempat nk cite. penat taip. hahahaha.. tp cube fikir sedalamnya dr sudut yg berbeza2. percayalah....

    ReplyDelete
  15. kalau tak salah lagu ni pasal pencuri yg masuk rumah malique...
    mana cepat terbang atau warna gelalng tangan..ni maksud mati atau kelar tangan..
    atas kepala murai sekawan
    ...atas kepala ada samurai

    ReplyDelete
  16. yangvcakap pasal tatoo tu kesian betul...x baca lirik lagu pejamkan mata ke? rangkap akhir takperlukan runut bunyi sembunyi bersunyi sakan dihati dan pitutari menari tanpa bumi menyanyinya tanpa bunyi....ini lirik ketuhanan..lagi satu warkah dari perbatasan pun da cukup tunjukkan lirik ketuhanan...menari tanpa bumi menyanyi tanpa bunyi...tafsir la ayat ni...org2 sufi je yg akan sebut mcm ni...

    ReplyDelete
  17. Serapah pejuang-ulang sehingga mahkota dijulang
    Dari putih mata, biar putus tunjang, putih tulang
    Walaupun terbuang, dampar dasar cerun curam suram
    Kalau hati bercahaya pasti temui jalan pulang

    ini pun da cukup ketuhanan

    ReplyDelete
  18. TERPALING sekali 😂🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Apa rasa roh tanpa empati, Korup minda dan hati tanggungjawab dinafi,
      Salahkan propaganda persalahkan konspirasi Persalahkan segalanya kecuali pekung sendiri"

      Delete

Thanks weyh bagi comment.