Pernah dulu aku discuss dengan mak aku pasal peningkatan kos menguruskan banduan kat Malaysia ni.
Aku rasa patut ada satu gelanggang di tengah pusat bandar setiap negeri.
Setiap penjenayah yang dibuktikan bersalah akan diberi pilihan oleh pihak yang dianiaya untuk diletakkan di dalam gelanggang tersebut. Orang yang dianiayai boleh memilih sesiapa sahaja (disediakan oleh kerajaan atau kerajaan boleh mengeluarkan duit bantuan supaya orang yang dianiyai boleh memilih pembantai mereka sendiri) untuk bantai/belasah penjenayah tu.
Mahkamah boleh tentukan jumlah orang yang boleh masuk dalam gelanggang. Contoh kalau kes curi melebihi RM5,000, 2 orang boleh masuk gelanggang tersebut dengan had masa tertentu dan boleh guna satu senjata keras. Contoh.
Apa yang berlaku di di dalam gelanggang tu ada imuniti dari sebarang tindakan undang-undang.
Of course, this can’t work for every crime but the state can take care of that.
Mak aku cakap, “kau ni betul ke belajar undang-undang di KL tu?”
No comments:
Post a Comment
Thanks weyh bagi comment.